Pada 16 April 2001, SMK Taman Daya telah menghantar wakil seramai 34 orang untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis JB-Selatan di Danga Bay semalam. Platun ini telah diketuai oleh Zaharah Dolhadi yang juga merupakan Naib pengerusi kelab Kadet Polis SMKTD.
Lokasi : Danga Bay, Johor Bahru
Tarikh : 16 April 2011
masa ; 8am-2pm
Kami bertolak dari sekola pada pukul 7.30am menaiki truck PDRM dan sampai ke destinasi pada pukul 8am. Seramai 18 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Semua peserta dikehendaki berkumpul di dataran Danga Bay bersama ketua pelatun masing-masing.
Sekolah kami merupakan pasukan yang kelapan membuat persembahan daripada 18 buah sekolah. Dengan kekuatan anggota seramai 34 orang, kami telah membuat persembahan yang terbaik untuk menaikkan nama sekolah. Alhamdulillah, pasukan SMKTD telah mendapat tempat ketujuh daripada 18 buah sekolah. Tahniah kepada pasukan yang telah meraih kemenagn.
Lelaki :
(1)Sekolah Teknik Perdagangan
(2)SMK Taman Daya 3
(3)SMK Tun Syed Nasir Ismail
Perempuan :
(1) SETA
(2)SMK Permas Jaya 2
(3) Sekolah Tun Fatimah
Komander Terbaik :
Lelaki : SMK Tun Syed Nasir Ismail
Perempuan : SMK Taman Daya 2
Tidak lupa kepada Zaharah Dolhadi, komander pasukan Kadet polis SMKTD kerana mendapat tempat kedua dalam acara Komander Terbaik. Terima kasih kepada semua warga SMKTD kerana banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami. Terutamanya, guru penasihat Kadet Polis, En. Salleh Abd Razak yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.
Disediakan oleh :
Nurul Syahidah Mazlan, 2RK2
No comments:
Post a Comment